SEBAHAGIAN PETIKAN KHUTBAH AL GHADIR KHUM YANG DIPROPAGANDAKAN SYIAH
SEBAHAGIAN PETIKAN KHUTBAH AL GHADIR KHUM YANG DIPROPAGANDAKAN SYIAH untuk menolak kekhalifahan Abu Bakar.
Kita ahlussunnah waljamaah, menanggapi propaganda Syiah ini sebagai sesat dan bathil, sebab kata Abu a'la al-Maududi bahawa Rasulullah saw tidak pernah berwasiat, siapa yang menjadi penggantinya menunjukkan demokrasinya Nabi SAW dan syura yang di bentuk kaum Muhajirin dan Anshor sebagai dasar pelantikan khalifah Abu Bakar ra adalah Shah di sisi ahlussunnah waljamaah.
Berikut di turunkan sebahagian teks khutbah al-ghadir khum:
...ثم ضرب بيده الى عضد علي فرفعه وكان امير المؤمنين منذ اول ما صعد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم منبره على درجة دون مقامه متيامنا عن وجه رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم كاءنهمافي مقام واحد.فرفعه رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بيده وبسطهما الى السماء وشال عليا حتى صارت رجله مع ركبة رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ثم قال:ايها الناس، من اولى بكم من انفسكم ؟ قالوا:الله ورسوله، فقال:اﻻ فمن كنت موﻻه فهذا علي موﻻه...
Kemudian setelah itu Rasulullah saw menepuk lengan Ali ra dan mengangkat tangannya tinggi-tinggi.Semua ini terjadi, iaitu semenjak Rasulullah saw menaiki mimbar, Ali ra pun ada di mimbar itu dengan posisi lebih rendah satu tangga dari tempat Rasulullah saw berdiri, di mana kerana wajah(kepala) Rasulullah saw agak miring kearah kanan, maka seakan keduanya berdiri tegak di satu tempat.Lalu Rasulullah saw mengangkat tangan Ali ra dengan tangannya, sehingga kedua tangannya yang mulia itu terangkat mengarah kelangit di samping itu baginda menarik Ali ra dari tempatnya sehingga kaki Ali ra sejajar dengan kaki Rasulullah saw kemudian baginda saw bersabda:Wahai manusia, siapakah yang paling utama dari kaum mukminin dari kalian? Hadirin menjawab:Allah SWT dan RasulNya yang maha tahu.lalu Rasulullah saw melanjutkan:barangsiapa menjadikan aku maula atau pemimpin, maka inilah Ali ra sebagai maula dan pemimpinnya...
Syiah menuduh Kita sunni sesat pada hal mereka yang sesat.Ini diantara dikatakan khamenei dalam buku-buku yang di tulisnya.
1.Iblis berjaya menyesatkan manusia, sebab kita tidak mengakui imam-imam mereka.Menurut Khamenei Iblis sesat sebab tidak menerima pemimpin yang dilantik Allah SWT iaitu Adam as manakala kita pula dituduh khamenei sesat sebab tidak menerima imam mereka.
2.Khamenei menuduh kita tidak bertuhankan Allah SWT, tapi bertuhankan dua berhala quraish.Yang dimaksudkan khamenei dua berhala quraish itu adalah Abu Bakar ra dan Umar ra, sebab kata khamenei, kita ahlussunnah lebih tunduk kepada Abu Bakar ra dan Umar ra, dari pada Rasulullah Saw dan ahlul bait baginda saw.
3.Khamenei menuduh kita berimamkan orang yang sudah mati, Imam Hanafi, imam Maliki, imam Syafii dan Imam Hanbali dan menutup pintu ijtihad, padahal menurut mereka masalah ummat semakin kompleks dan pintu ijtihad mesti terus terbuka.
4.Khamenei menuduh Umar ra mengharamkan nikah mut'ah pada hal ia sudah berulang kali melakukannya kemudian mengharamkannya pula.Kemudian Khamenei membuat kesimpulan pula,
Jika Umar ra tidak mengharamkan mut'ah niscaya tidak ada orang celaka didalam dunia ini melainkan penzina.
5.Khamenei menghalalkan ruhbaniyyah, sedangkan Rasulullah saw mengharamkannya.
Dan banyak lagi yang di katakan khamenei dalam buku-buku yang di tulisnya yang sebenarnya apa yang diungkapnya itu tidak benar, sesat dan bathil. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fahaman Syiah yang sesat.
Komentar:
1.Dalam ahlussunnah waljamaah tidak ada kepatuhan pada Imam sebagaimana yang di yakini Syiah.Yang ada kepatuhan pada Allah SWT, nabi dan rasul yang di utusnya.
2.Menurut Ahlusunnah waljamaah, salah satu doktrin Syiah adalah membenci dan mengkafirkan sahabat. (Nauuzibillaahi min zaalik).
3.Dalam ahlussunnah pintu ijitihad masih terbuka, cuma dalam memahami ini pemahaman kita tidak sama dengan Syiah.
4.Menurut Ahlussunnah waljamaah, Rasulullah saw yang mengharamkan mut'ah, dan sekaligus telah menghapuskannya.Jadi yang menghapuskan Mut'ah Rasulullah saw dan bukan Umar ra.
5.Menurut ahlussunnah waljamaah dalam Islam tidak ada ruhbaniyyah (pengkultusan dan pendewaan) seperti di amalkan Syiah mengagungkan ahlul bait nabi saw yang di anggap ahlusunnah waljamaah sebagai ghuluw atau berlebihan.
Walloohua'lam.
© Ustd.Irwansyah
®Rumah Dakwah Indonesia
Komentar
Posting Komentar